- Gambar ini menunjukkan sebuah keluarga yang ceria dan bersatu kerana terpaparnya wajah-wajah yang gembira serta senyuman yang indah. Jarang juga kita mendapati keluarga yang bersatu seperti mereka kerana semua orang tentu ada pekerjaan sendiri yang hendak dibuat. Maka itu, kuranglah masa mereka bersatu sebagai sebuah keluarga. Saya amat kagum dengan mereka kerana mereka dapat berinteraksi dan meluangkan masa bersama.
- Di bahagian kiri gambar terdapat seorang budak lelaki. Dia nampaknya ingin menyampaikan sesuatu.
Dia ingin menyuarakan kepada keluarganya sesuatu tentang permainan di hadapan mereka.
- Di sebelah budak adalah Ibunya. Nampaknya, Ibunya sedang menolong anaknya bermain permainan itu. Itulah kepentingan sebuah keluarga kerana mereka juga yang akan menolong kita dalam keadaan yang susah. Bak kata peribahasa, bagai biduk lalu kiambang bertaut. Mereka jugalah orang yang pertama yang akan kita cari sekiranya berlaku sebuah masalah.
- Di sebelah Ibu kepada budak lelaki itu terdapat dua orang budak perempuan yang bersenyuman. Mereka adalah kakak-kakak kepada budak lelaki itu. Mereka sedang menunggu giliran mereka untuk bermain permainan mini futsal itu. Mereka adalah seorang yang penyabar. Mempunyai sifat yang penyabar adalah penting dalam kehidupan seseorang kerana ini akan menjamin masa depan yang baik dari segi pelajaran dan disiplin seseorang itu.
- Di sebelah mereka juga terdapat seorang lelaki. Lelaki itu adalah abang kepada budak-budak itu dan anak kepada Ibunya. Dia sedang bermain permainan itu kerana tiba gilirannya. Tanda senyuman yang diukir di bibirnya itu kelihatan seperti dia tidak takut akan tewas dalam permainan itu. Ini adalah sikap yang baik kerana kita sebaik-baiknya tidak sepatutnya mengambil aktiviti bersama keluarga yang dicintai sebagai sesuatu hal yang serius. Maksud saya, kita harus bermain permainan itu bersama keluarga dengan seronok bukan dari segi persaingan.
- Seandainya keluarga ini adalah keluarga saya, saya akan menghargai mereka sepenuhnya. InsyaAllah...
Oleh Nur Qamarinah Yazit
Sekolah Menengah Manjusri
No comments:
Post a Comment