Warga Singapura tentu mempunyai jiran. Contohnya, di daerah Tampines, Bedok dan Aljunied. Di situlah tempatnya untuk memiliki rumah pangsa. Rumah pangsa itu tinggi dan bertingkat-tingkat. Maka itulah sebabnya kita hidup berjiran.
Jiran itu penting. Kita pasti akan memerlukan pertolongan mereka suatu hari nanti. Demikian, menjadi jiran yang baik itu penting. Kita harus menjaga mulut kita apabila berhadapan dengan jiran sendiri. Contohnya, jiran A tidak boleh mengata tentang hal orang lain kepada jiran B ataupun mengatakan hal rumahtangga jiran B kepada orang luar. Mulut itu penting sekali. Ialah yang menentukan pandangan orang lain terhadap kita.
Menjadi seorang jiran yang baik juga ada pelbagai cara. Hati kita harus ikhlas sebelum membuat baik. Dengan hati yang ikhlas, bolehlah digelar sebagai jiran yang baik. Senyuman juga penting. Apa gunanya mempunyai hati yang ikhlas sekiranya tidak mahu bersenyuman apabila terserempak? Pasti tiada makna.
Lauk-pauk juga boleh dihantarkan ke rumah jiran sekiranya ada rezeki yang berlebihan. Ibu saya sering menghantarkan lauk yang baru dimasak ke rumah jiran kami, sebelah rumah. Kadang-kala, mangkuk kami akan dikembalikan dengan lauk yang dimasak oleh jiran kami. Memberi bukan tanda ingin dibalas tetapi ingin menjadi jiran yang baik. Malah, memberi itu lebih baik daripada meminta.
Kalau sudah saling tinggal bersebelahan rumah, kita harus membantu antara satu-sama lain. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Pernah saya berada dalam kesusahan. Rumah saya terbakar kerana terlupa hendak menutup gas setelah air di dalam cerek sudah direbus. Jiran saya, Pakcik Mat telah mengetuk pintu rumah kami beberapa kali. Pada waktu itu, kami sekeluarga sedang lenyak bertidur.
Dia membau asap. Ayah saya menyedarkan diri lalu mengejutkan kami anak-beranak. Rupa-rupanya, sebahagian kecil dari dapur telah dijilat api. Saya membuka semua tingkap di dalam rumah dan akhirnya saya membuka pintu hadapan rumah. Kami sekeluarga bergegas ke luar kecuali Ayah. Ayah dan Pak Mat menjirus air pada api dalam kemarahan itu. Ibu menelefon bomba. Api itu dengan pantas dipadamkan. Kami sungguh berterima kasih kepada Pakcik Mat.
Pendek kata, berjiran itu banyak manfaatnya yang positif. Maka itulah, jadi seorang jiran yang baik dan hulurkan bantuan seadanya.
Oleh Nur Qamarinah Bte Yazit
Sekolah Menengah Manjusri
250811
thx
ReplyDelete